Sunday 9 September 2012

Latihan 2 : Kuiz Mudah


Kuiz Semudah ABC

Arahan : Jawab semua soalan dibawah.


  1. Berikut merupakan bentuk asas 3D kecuali?

  2. Kuboid
    Kiub
    Silinder
    Segi Tiga

  3. Apakak bentuk asas tin minuman?

  4. Kuboid
    Kiub
    Silinder
    Kon

  5. Berikut merupakan objek sebenar bagi bentuk sfera kecuali?

  6. Bola
    Kasut
    Bumi
    Tembikai

  7. Piramid mempunyai berapa bucu?

  8. 5
    6
    7
    8

  9. Apakah bentuk 3D yang tidak mempunyai bucu dan sisi?

  10. Sfera
    Kon
    Piramid
    Silinder

  11. Kapur tulis berbentuk?

  12. Kon
    Silinder
    Kuboid
    Kiub

  13. Apakah objek 3D yang sama bentuk seperti akuarium?

  14. Kon
    Silinder
    Kuboid
    Bulat

  15. Cikgu memberikan sehelai kertas kepada Ali. Kertas tersebut berbentuk?

  16. Kuboid
    Kiub
    Segi empat sama
    Segi empat tepat

  17. Ahmad membuat orang salji semasa berada di Korea. Orang salji tersebut berbentuk?

  18. Piramid
    Kon
    Kiub
    Sfera

  19. Segi empat sama jika digabungkan akan menjadi objek apa?

  20. Kon
    Kuboid
    Piramid
    Kiub

Tahniah!!

JIKA PAPARAN MARKAH TIDAK KELUAR, SILA RUJUK CIKGU SAED.

Latihan 1

Haaaaaaa..murid-murid dah hafal semua nama bentuk 2D dan 3D? Sekarang masa untuk buat latihan tapi jangan risau sebab latihan 1 biasanya tidak susah..haha.

Arahan : Keluarkan buku latihan. Tuliskan seberapa banyak bentuk asas 2D berdasarkan gambar Encik Super Robot dan gambar rumah yang tersergam indah di bawah ni. Setelah siap hantar kepada cikgu. Kacak tak Encik Super Robot ni?haha..

Contoh : Bulat - Mata
              Segi empat sama - Muka








Selamat Mencuba!!

Contoh Objek Sebenar

Hai semua. Terdapat banyak objek di sekeliling kita yang mempunyai persamaan dengan bentuk-bentuk asas yang telah kita semua pelajari tadi. Seterusnya Cikgu Saed akan tunjukkan objek sebenar yang mempunyai persamaan dengan bentuk asas.

Bentuk 2D

  • Duit syiling berbentuk BULAT


  • Disket berbentuk SEGI EMPAT SAMA


  • Cermin berbentuk SEGI EMPAT TEPAT


  • Penyangkut baju berbentuk SEGI TIGA


BENTUK 3D


  • Topi hari jadi berbentuk KON


  • Tin minuman berbentuk SILINDER


  • Buah tembikai yang lazat ini berbentuk SFERA

  • Kiub ais ini berbentuk KIUB/KUBUS


  • Akuarium yang mahal ini berbentuk KUBOID




Mari Menyanyi Lalalala~~

Lagu Bongkah 3D

Setelah semua murid-murid mengenali bentuk asas 3D, 
mari kita semua menyanyikan lagu yang sangat menarik ini bersama-sama.


Lagu seterusnya ialah lagu oleh Mat Yoyo. Lagu ini sangat seronok.
Cuba hayati dan fahami liriknya yang sangat bermakna.
Seronok atau tidak murid-murid semua? Haaaaaaa..Kan Cikgu Saed dah beritahu awal-awal
tadi yang blog ini sangat menarik, "Simple but Nice".
Semoga semua murid dapat menghafal nama dan ciri-ciri bentuk asas. =)

Bentuk Asas 3 Dimensi (3D)

Bentuk Asas 3 Dimensi (3D)

 Bentuk 3D ialah bentuk yang mengandungi
3 dimensi iaitu panjang,lebar dan kedalaman.
Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung.

Contoh Bentuk Asas 3D :


KIUB/KUBUS
  • 8 bucu
  • 12 sisi (Sama panjang)
  • 6 permukaan


KUBOID
  • Seperti segi empat tepat
  • 8 bucu
  • 12 sisi 
  • 6 permukaan


SFERA
  • Tiada sisi
  • Tiada bucu
  • 1 permukaan


PIRAMID
  • Terdiri dari tapak segi empat sama atau segi empat tepat
  • 5 bucu
  • 5 permukaan
  • 8 sisi


SILINDER
  • 2 sisi
  • 3 permukaan
  • Tiada bucu


KON
  • 1 bucu
  • 1 sisi
  • 2 permukaan














Bentuk Asas 2 Dimensi (2D)

Bentuk Asas 2 Dimensi (2D)


* Mempunyai panjang dan lebar



Contoh Bentuk Asas 2D :

SEGI TIGA
  •  3 sisi
  •  2 bucu


BULAT
  • 1 sisi melengkung
  • Tiada bucu


SEGI EMPAT SAMA
  • 4 bucu
  • 4 sisi sama panjang


SEGI EMPAT TEPAT
  • 4 sisi, 2 sisi bertentangan ialah sama panjang
  • 4 bucu










Selamat Datang, Welcome, Benvenuto

Selamat Datang diucapkan kepada semua yang hadir. Ini adalah buah tangan dari
Cikgu Saed yang akan menyediakan anda dengan pembelajaran
menggunakan blog. Blog ini padat dengan nota dan pembelajaran
mengenai Kemahiran Hidup. Diharap semua dapat belajar dan memperoleh sesuatu dari
blog yang disediakan ini. Teruskanlah menuntut ilmu walau bukan hanya di sekolah tetapi di mana jua.

Apabila kamu melewati taman-taman surga, minumlah hingga puas. Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksud dengan taman-taman itu?" Nabi menjawab, "sekolah-sekolah" (HR. Ath-Thabrani)