Sunday, 9 September 2012
Latihan 1
Haaaaaaa..murid-murid dah hafal semua nama bentuk 2D dan 3D? Sekarang masa untuk buat latihan tapi jangan risau sebab latihan 1 biasanya tidak susah..haha.
Arahan : Keluarkan buku latihan. Tuliskan seberapa banyak bentuk asas 2D berdasarkan gambar Encik Super Robot dan gambar rumah yang tersergam indah di bawah ni. Setelah siap hantar kepada cikgu. Kacak tak Encik Super Robot ni?haha..
Contoh : Bulat - Mata
Segi empat sama - Muka
Selamat Mencuba!!
Contoh Objek Sebenar
Hai semua. Terdapat banyak objek di sekeliling kita yang mempunyai persamaan dengan bentuk-bentuk asas yang telah kita semua pelajari tadi. Seterusnya Cikgu Saed akan tunjukkan objek sebenar yang mempunyai persamaan dengan bentuk asas.
Bentuk 2D
- Duit syiling berbentuk BULAT
- Disket berbentuk SEGI EMPAT SAMA
- Cermin berbentuk SEGI EMPAT TEPAT
- Penyangkut baju berbentuk SEGI TIGA
BENTUK 3D
- Topi hari jadi berbentuk KON
- Tin minuman berbentuk SILINDER
- Buah tembikai yang lazat ini berbentuk SFERA
- Kiub ais ini berbentuk KIUB/KUBUS
- Akuarium yang mahal ini berbentuk KUBOID
Mari Menyanyi Lalalala~~
Lagu Bongkah 3D
Setelah semua murid-murid mengenali bentuk asas 3D,
mari kita semua menyanyikan lagu yang sangat menarik ini bersama-sama.
Lagu seterusnya ialah lagu oleh Mat Yoyo. Lagu ini sangat seronok.
Cuba hayati dan fahami liriknya yang sangat bermakna.
Seronok atau tidak murid-murid semua? Haaaaaaa..Kan Cikgu Saed dah beritahu awal-awal
tadi yang blog ini sangat menarik, "Simple but Nice".
Semoga semua murid dapat menghafal nama dan ciri-ciri bentuk asas. =)
Bentuk Asas 3 Dimensi (3D)
Bentuk Asas 3 Dimensi (3D)
Bentuk 3D ialah bentuk yang mengandungi
3 dimensi iaitu panjang,lebar dan kedalaman.
Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung.
Contoh Bentuk Asas 3D :
KIUB/KUBUS
- 8 bucu
- 12 sisi (Sama panjang)
- 6 permukaan
KUBOID
- Seperti segi empat tepat
- 8 bucu
- 12 sisi
- 6 permukaan
SFERA
- Tiada sisi
- Tiada bucu
- 1 permukaan
PIRAMID
- Terdiri dari tapak segi empat sama atau segi empat tepat
- 5 bucu
- 5 permukaan
- 8 sisi
SILINDER
- 2 sisi
- 3 permukaan
- Tiada bucu
KON
- 1 bucu
- 1 sisi
- 2 permukaan
Bentuk Asas 2 Dimensi (2D)
Bentuk Asas 2 Dimensi (2D)
* Mempunyai panjang dan lebar
Contoh Bentuk Asas 2D :
SEGI TIGA
- 3 sisi
- 2 bucu
BULAT
- 1 sisi melengkung
- Tiada bucu
SEGI EMPAT SAMA
- 4 bucu
- 4 sisi sama panjang
SEGI EMPAT TEPAT
- 4 sisi, 2 sisi bertentangan ialah sama panjang
- 4 bucu
Selamat Datang, Welcome, Benvenuto
Selamat Datang diucapkan kepada semua yang hadir. Ini adalah buah tangan dari
Cikgu Saed yang akan menyediakan anda dengan pembelajaran
menggunakan blog. Blog ini padat dengan nota dan pembelajaran
mengenai Kemahiran Hidup. Diharap semua dapat belajar dan memperoleh sesuatu dari
blog yang disediakan ini. Teruskanlah menuntut ilmu walau bukan hanya di sekolah tetapi di mana jua.
Apabila kamu melewati taman-taman surga, minumlah hingga puas. Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksud dengan taman-taman itu?" Nabi menjawab, "sekolah-sekolah" (HR. Ath-Thabrani)
Subscribe to:
Posts (Atom)